1. Tarikh keputusan rasmi Penilaian Akhir Setiap Sesi akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
  2. Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara berikut;
    1. Rujuk laman web PSIS iaitu www.psis.edu.my di ruangan SPMP (bagi pelajar semester 1 hingga 8)
    2. Rujuk laman web PSIS iaitu www.psis.edu.my di ruangan e-Exam (bagi pelajar semester 9)
  3. Slip keputusan tidak dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan tetapi pelajar boleh memuat-turun (download) dan cetak melalui laman web PSIS (SPMP atau e-Exam).
  4. Rayuan berkenaan keputusan penilaian hendaklah dibuat dengan surat rasmi kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan dan perlu disertakan dengan bayaran RM50.00 dalam bentuk wang pos atas nama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Rayuan lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Rayuan keputusan penilaian perlulah disertakan dengan bahan/dokumen bukti sebagai sokongan (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).
  5. Rayuan untuk menyemak semula skrip jawapan peperiksaan hendaklah dikemukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan. Setiap rayuan semakan perlu disertakan dengan bayaran RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk wang pos atas nama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Keputusan rasmi selepas rayuan tersebut adalah muktamad (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).
  6. Tuntutan Transkrip Akademik bagi pelajar semester akhir yang menamatkan pengajian dengan jayanya hanya dibenarkan setelah dimaklumkan melalui laman web rasmi PSIS.

Sebarang keraguan atau pertanyaan hendaklah disampaikan ke Unit Peperiksaan PSIS melalui alamat di bawah:-

Pegawai Peperiksaan
Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100, Sg Air Tawar
Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
*Nota: Sila nyatakan no. pendaftaran dan no telefon anda apabila berurusan.