Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam (PSB) adalah Politeknik ke 17 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PSB mula beroperasi pada 16 Mei 2013. Kampus ini terletak di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor dengan keluasan tanah 99.4 ekar dan dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah pusat pengajian tinggi.

Pada 16 Disember 2005, PSB telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan diberi nama baru, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).

Penubuhan PSIS ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta. Pekerja-pekerja yang dilahirkan ini turut berperanan dalam merealisasikan misi dan visi negara menuju Wawasan 2020

 

 

 Nama Rasmi Institusi  :   POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
 Nama Singkatan Rasmi Institusi  :  PSIS
 Nama Institusi Sebelum Perasmian   :  POLITEKNIK SABAK BERNAM
 Nama Singkatan Institusi Sebelum Perasmian  :  PSB
 Tarikh Mula Beroperasi  :  16 MEI 2003
 Tarikh Perasmian Institusi  :   1 DISEMBER 2005 (KHAMIS) Bersamaan 29 SYAWAL 1426 HIJRAH
 Institusi Dirasmikan Oleh  :  DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (Sultan Selangor yang telah dimasyhurkan  22 November 2001 hingga kini)
     

Politeknik Sultan Idris Shah : Politeknik ke-17

Beroperasi : 16 Mei 2003

Keluasan Tanah : 99.4 ekar