Print
Alumni
Berita dan Aktiviti Alumni
Hits: 573

31 Mac 2018 (Sabtu)

Bertempat di Donnis Café Banting, Kuala Langat Selangor telah diadakan pertemuan antara pegawai CISEC PSIS dan Jawatankuasa tertinggi Alumni PSIS. Pertemuan yang julung kalinya diadakan bersama barisan pegawai CISEC PSIS yang baharu bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara kedua pihak. Pengerusi Alumni PSIS iaitu En Muhammad Zamir Habil beserta barisan jawatankuasa Alumni PSIS hadir di dalam pertemuan ini bagi membincangkan banyak perkara yang berbangkit serta perancangan yang akan datang.

Ketua Unit CISEC Pn. Faridah Hanim bt Abd Manaf, Ustazah Norhafizah Abd Kadir, Pegawai Alumni PSIS dan Penyelaras Alumni JKA En. Mohd Nubli Shahmi bin Zainal Abidin turut serta di dalam pertemuan ini. Saudara Abd Halim bin Mohammad menyatakan  bahawa para Alumni tidak dapat melihat kepentingan Persatuan Alumni PSIS untuk kebaikan Alumni itu sendiri. Ini disebabkan kerana tiada pendedahan yang diberikan.

Antara manfaat yang boleh diperolehi oleh Alumni PSIS adalah seperti  saguhati Khairat Kematian. Borang khairat kematian tersebut boleh diekses di dalam facebook Persatuan Alumni PSIS. Selain itu, alumni yang masih mencari pekerjaan akan diberi informasi yang terkini berkaitan peluang pekerjaan yang disediakan oleh agensi atau syarikat yang berkenaan.

Pihak Alumni dan pegawai sepakat akan meneruskan polisi yang telah dipersetujui bersama di dalam mesyuarat walaupun AJK Alumni atau pegawai PSIS yang terlibat  sudah tidak memegang jawatan yang berkaitan.  Ketua Unit CISEC memaklumkan agar segala permohonan dana daripada aktiviti PSIS yang melibatkan peruntukan Alumni hendaklah mendapat endorsement daripada pihak CISEC terlebih dahulu. Selain itu, bagi memudahkan maklumat disampaikan dengan cepat kepada alumni, para pegawai akan dijadikan admin dalam facebook Persatuan Alumni PSIS.

Pertemuan dan perbincangan santai selama 3 jam ini diadakan di Donnis Café,  kepunyaan En Abdul Hadi bin Mohd Nor yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Alumni PSIS. Banyak kejayaan Alumni PSIS yang ditempa oleh mereka di samping memajukan ekonomi dan memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.