JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA) berperanan sebagai salah satu jabatan induk di antara 7 jabatan yang terdapat di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). JKA komited dalam memastikan pelajar-pelajar terdedah kepada sumber ilmu terbaharu, optimis serta berdaya saing dalam kerjaya selepas menjadi graduan.

 Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS telah memulakan operasinya pada Julai 2004, dengan hanya diterajui oleh 12 orang pengajar, namun bilangan staf kian bertambah dan pada hari ini jabatan ini mempunyai 63 orang tenaga pengajar serta 2 orang staf sokongan. Bilangan pelajar kini juga telah menjangkau hampir 1212 orang pelajar yang terdiri daripada jurusan Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar serta Diploma Senibina.

 

Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan 3 program;

• Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
• Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar (DAS)
• Diploma Seni Bina (DSB)

 

Program Kejuruteraan Awam (DKA)

Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran dan memahami alam sekitar, industri pembinaan, reka bentuk pembinaan dan pembangunan infrastruktur kejuruteraan awam. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan berguna untuk berjaya dalam pekerjaan di masa hadapan. Pelajar juga diberi pengetahuan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelajar turut didedahkan kepada kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan supaya graduan akan berkomunikasi, berinteraksi dan menyumbang secara berkesan sebagai ahli pasukan. Sebanyak 26 kursus ditawarkan di JKA PSIS ini dan mulai sesi Disember 2017 dan Jun 2018.

 

Program Kejuruteraan Alam Sekitar (DAS)

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dengan memberi penekanan kepada khusus kepada aspek Sistem Pengurusan Bekalan Air dan Air Sisa, Pengurusan Pencemaran Bunyi dan Udara, Pengurusan Sisa Pepejal dan Sisa Berjadual serta Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal. Terdapat 29 jumlah keseluruhan kursus yang ditawarkan melalui program Kejuruteraan Alam Sekitar.

 

Program Seni Bina (DSB)

Program Diploma selama tiga tahun ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran di dalam industri alam bina dengan lebih efektif di samping memberi ruang dan peluang pelajar untuk menempatkan diri ke peringkat ijazah. Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran seni bina mengikut keperluan dan kehendak industri. Pengetahuan dan kemahiran ini membentuk rasa tanggungjawab dan sumbangan pelajar terhadap kualiti alam bina dan kerjaya industri rekabentuk bangunan. Program ini juga akan mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap amalan profesional senibina termasuklah perlaksanaan dan pembangunan kemahiran berpasukan melalui pengajaran rekabentuk senibina berasaskan projek-projek studio. Projek-projek ini akan melibatkan aplikasi dan integrasi pengetahuan dan kemahiran dalam kursus-kursus berkaitan teknologi, alam sekitar, konteks budaya, komunikasi, amalan pengurusan dan undang-undang. Terdapat 27 kursus ditawarkan melalui program Kejuruteraan Awam.