Print
Akademik
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Hits: 24

 

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) merupakan salah satu daripada tujuh (7) jabatan induk di PSIS dan telah memulakan operasinya bermula tahun 2004. Jabatan ini berperanan untuk memberikan pendedahan ilmu pengurusan pelancongan dan hospitaliti kepada para pejar bagi melahirkan graduan separa professional yang berketrampilan dan berdaya saing.

JPH menawarkan tiga(3) program Diploma iaitu:

• Diploma Pengurusan Hotel & Katering (DHK)
• Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP)
• Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) (DHF)

Program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Hotel dan Katering dengan memberi penekanan khusus kepada aspek pengurusan operasi perniagaan hotel dan catering. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kursus keusahawanan, amalan keselamatan dan kesihatan, amalan penyambut tetamu, pengemasan, amalan halal, operasi dapur komersial, perkhidmatan makanan komersial serta perkhidmatan restauran dan catering. Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal dapur. Sebanyak 38 kursus ditawarkan di JPH PSIS

 

Program Diploma Pengurusan Pelancongan

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Pelancongan dengan memberi penekanan khusus kepada aspek pengurusan operasi pengurusan pelancongan. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kursus keusahawanan, tempahan dan tiketan, operasi pengembaraan dan lawatan, pengurusan acara, pengurusan taman dan rekreasi, pengurusan fasiliti. Operasi kaunter perkhidmatan, perkhidmatan interpretasi pelawat, pengurusan risiko taman, pengurusan taman tema, pelancongan rekreasi, pemasaran pelancongan dan projek pelancongan. Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal pelancongan. Sebanyak 38 kursus ditawarkan di JPH PSIS

 

Program Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal)

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) dengan memberi penekanan khusus kepada aspek pengurusan operasi perkhidmatan makanan amalan halal. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kursus keusahawanan, amalan keselamatan dan kesihatan, sanitasi makanan, teori makanan, operasi makanan komersial, perakaunan, nutrisi, halal standard, pemasaran, pengurusan acara, perancangan menu dan projek. Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal pelancongan. Sebanyak 38 kursus ditawarkan di JPH PSIS