Jabatan Pengajian Am merupakan salah satu jabatan sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan induk dalam pelaksanaan proses pengajaran & pembelajaran. Jabatan ini mempunyai seramai 37 kakitangan tetap yang terdiri daripada 12 orang pensyarah Pendidikan Islam yang mengajar subjek Pengajian Malaysia, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam, Bahasa Arab dan Tamadun Islam dan 15 orang pensyarah Bahasa Inggeris yang mengajar subjek Communicative English 1,2 and 3.

 

UNIT PENDIDIKAN ISLAM

Unit Pengajian Islam yang diketuai oleh Mohd Farid bin Dawam bertanggungjawab dalam semua subjek keagamaan seperti Bahasa Arab,Tamadun Islam, dan Pengajian Malaysia. Pelajar semester satu diwajibkan mengambil kursus Pengajian Malaysia. Manakala bagai semester dua, pelajar Islam diwajibkan mengambil kursus berkaitan pengajian Islam seperti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam dan pelajar bukan Islam diwajibkan mengambil kursus Nilai Masyarakat Malaysia. Kursus Tamadun Islam ditawarkan kepada setiap pelajar semester tiga.

Unit ini juga aktif dalam menganjurkan program-program kerohanian dan kebajikan seperti  lawatan akademik, program pengurusan jenazah dan seminar jauhi zina dan minggu kesenian Islam untuk pelajar dan kakitangan PSIS. Selain itu, unit ini juga terlibat dalam program-program yang bersifat kebajikan untuk masyarakat sekeliling.

UNIT BAHASA INGGERIS

Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam subjek Bahasa Inggeris sepenuhnya di Politeknik Sultan Idris Shah. Unit ini diketuai oleh Cik Radika a/p Subramaniam sebagai Ketua Kursus Bahasa Inggeris. Dari semasa ke semasa, unit ini sentiasa menganjurkan kursus-kursus untuk para pelajar dari semua jabatan dan juga menganjurkan pertandingan seperti debat dan program seperti English Week khas untuk para pelajar bagi meningkatkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris disamping menekan kepentingan terhadap penguasaan bahasa Inggeris.

Disamping itu juga, unit ini turut menjalankan pendaftaran peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) untuk para pelajar dan turut bertanggunjawab untuk menyediakan pusat peperiksaan tersebut.

KURSUS YANG DITAWARKAN

 UNIT PENDIDIKAN ISLAM

No Kod kursus Nama Kursus  Semester
1 DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA 1
2 DUF1072 BAHASA ARAB FOR MUAMALAT 1
3 DUA2012 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 2
4 DUA2052 PENGURUSAN DALAM ISLAM (DIB) 2
5 DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM 2
6 DUA2032 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM 2
7 DUB2012 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA 2
8 AC301 TAMADUN ISLAM 3
9 AS305 QAWAID FIQHIYYAH 5
10 AS306 AKHLAK ISLAMIYYAH 6

 

UNIT BAHASA INGGERIS

No Kod Kursus Nama Kursus Semester
1 DUE1012 COMMUNICATIVE ENGLISH 1 1
2 DUE3012 COMMUNICATIVE ENGLISH 2 3
3 DUE5012 COMMUNICATIVE ENGLISH 3 4/5