Print
Akademik
Jabatan Perdagangan
Hits: 21

Jabatan Perdagangan (JP) merupakan salah satu daripada tujuh(7) Jabatan Akademik di Politeknik Sultan Idris Shah dan telah mula beroperasi pada Januari 2004. Pada permulaannya, terdapat dua(2) program yang ditawarkan iaitu Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) dan Sijil Pemprosesan Data (SMD). Program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) telah ditawarkan pada tahun 2009 untuk menggantikan program SMD. JP mempunyai kekuatan 40 tenaga pengajar mahir dalam bidang masing-masing dan berkelayakan untuk mendidik para pelajar mengikut program yang ditawarkan di PSIS

JP menawarkan dua(2) program Diploma iaitu:

• Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB)
• Diploma Sains dan Kesetiausahaan (DSK)

 

Program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB)

Program ini direka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kewangan dan perbankan islam dengan memberi penekanan khusus kepada aspek pengurusan operasi perkhidmatan kewangan dan perbankan islam. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kursus keusahawanan, amalan keselamatan dan kesihatan, takaful, fikah muamalat, prinsip pemasaran, mikro-ekonomi, pengurusan operasi perbankan, perakaunan, system dan kontrak pembiayaan islam. Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan perlu menjalani latihan praktikal. Sebanyak 25 kursus ditawarkan di JP PSIS

 

Diploma Sains dan Kesetiausahaan (DSK)

Program ini direka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang sains dan kesetiausahaan dengan memberi penekanan khusus kepada aspek pengurusan operasi kesetiausahaan dan pentadbiran pejabat. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kursus keusahawanan, amalan keselamatan dan kesihatan, pentadbiran pejabat, kemahiran keyboarding, trengkas, pengurusan dokumentasi, pembentukan personaliti dan penampilan, pengucapan awam, pengurusan rekod, pengurusan mesyuarat, pengurusan sumber manusia dan pengurusan majlis. Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan perlu menjalani latihan praktikal. Sebanyak 23 kursus ditawarkan di JP PSIS