Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bermatlamat bagi melahirkan tenaga kerja yang terlatih, efisien, berkemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat. Jabatan ini telah memulakan operasinya pada 15 Mei 2005 dengan tanaga kerja seramai 9 orang. Pada masa kini, jabatan ini mempunyai 29 orang pensyarah. Terdapat hanya satu program yang ditawarkan di jabatan ini iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dan pelajar boleh membuat pemilihan Tracking sama ada Pembangunan Perisian dan Aplikasi atau Sistem Rangkaian. Jabatan ini juga menawarkan kursus latihan praktikal kepada pelajar bagi membolehkan pelajar menyiapkan diri mereka dengan kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi dan seterusnya memenuhi keperluan negara dalam sektor awam dan swasta .

 

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menawarkan satu(1) program dengan dua(2) pilihan trek iaitu;

• Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) - Pembangunan Perisian dan Aplikasi
• Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) – Sistem Rangkaian

 

Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) – Pembangunan Perisian dan Aplikasi

Program ini direka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat digital dengan memberi penekanan khusus kepada aspek pembangunan perisian dan aplikasi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan berguna untuk berjaya dalam pekerjaan di masa hadapan. Pelajar juga diberi pengetahuan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelajar turut didedahkan kepada kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan supaya graduan akan berkomunikasi, berinteraksi dan menyumbang secara berkesan sebagai ahli pasukan. Pelajar juga perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan perlu menjalani latihan praktikal.

 

Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) – Sistem Rangkaian

Program ini direka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat digital dengan memberi penekanan khusus kepada aspek pembangunan dan pengurusan sistem rangkaian. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan berguna untuk berjaya dalam pekerjaan di masa hadapan. Pelajar juga diberi pengetahuan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelajar turut didedahkan kepada kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan supaya graduan akan berkomunikasi, berinteraksi dan menyumbang secara berkesan sebagai ahli pasukan. Pelajar juga perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan perlu menjalani latihan praktikal.