Print
Akademik
Seksyen Center of Technology (COT)
Hits: 23

 

PENGENALAN

Ditubuhkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) pada tahun 2014. Ianya ditubuhkan selaras dengan bidang tujahan yang ditetapkan iaitu Alam Sekitar. Pada tahun 29 September 2016, ia kemudiannya telah ditukar nama dan di istihar kepada Centre of Environment Technology (CENTA).

CENTA dirasmikan pada 29 September 2016 sebagai COT Politeknik Fasa 5. Menerajui bidang tujahan dan Teknologi Alam Sekitar bagi menghasilkan graduat berkualiti yang berdaya usahawan, berkeboleh-pasaran tinggi dan berdaya saing.

Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar ianya selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara. Teknologi Alam Sekitar adalah berasaskan kepada rekabentuk, permasalahan semasa, rundingan perkhidmatan dan pembangunan gunasama.

Memastikan semua warga PSIS cenderung menyokong COT PSIS dengan membuat penciptaan/ produk baru/ kajian/ penyelidikan/program/aktiviti pelajar berkait rapat dengan isu Alam Sekitar terhadap semua jabatan akademik iaitu, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

 

TUJUAN CENTA

  1. Mempromosikan Centre of Technology (COT) bagi Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) iaitu CENTA sebagai medium bidang tujahan yang aktif dan selari dengan keperluan.
  2. Bertindak sebagai Pusat Rujukan berkonsepkan perkongsian dan pemindahan pengetahuan dan teknologi dalam pelbagai bidang kepakaran melalui kerjasama aktif dan strategik bersama pihak industri, universiti awam dan luar negara.
  3. Mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang tujahan serta menggalakan penulisan dan penerbitan ilmiah bagi meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam atau luar negara.

FASILITI SEDIA ADA

  1. Material Recovery Facility (MRF) - Meningkatkan kesedaran & pengetahuan pengurusan sisa. Fokus pada pengumpulan barangan kitar semula iaitu kertas, plastik dan aluminium sahaja. Optimumkan penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.
  2. Stesen Minyak Masak Terpakai (SWASCO) - Minyak masak yang terpakai boleh dijual dan digunakan semula untuk tujuan pembuatan biodiesel. Daripada minyak masak ini dibuang dibelakang rumah, dilongkang, adalah lebih baik dikumpulkan dan dihantar di pusat pengumpulan.
  3. Green Studio - Merupakan satu bangunan yang dibina berkonsepkan Teknologi Alam Sekitar. Menggabungkan elemen teknologi IBS dan Alam Sekitar. Sebagai galeri COT.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Pembangunan kitar semula minyak masak terpakai bagi pengumpulan dan khidmat komuniti (SWASCO) dan penghasilan biodiesel.
  2. Perkhidmatan pemasangan dan rundingcara Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) kepada komuniti.
  3. Kursus Pendidikan Kesedaran Alam Sekitar kepada sekolah dan komuniti
  4. Penyelidikan & Inovasi: Sisa pertanian dan sisa dapur bagi penghasilan baja kompos
  5. Kursus Penjimatan Tenaga
  6. Pembangunan Produk Pertanian Mesra Alam
  7. Kursus Asas Kualiti Air dan udara

Maklumat lanjut boleh hubungi: