Logo Puspanita Persatuan Suri Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Msia

PUSPANITA Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Politeknik  (JPP) telah beroperasi sejak penubuhan PSIS iaitu pada tahun 2005. PUSPANITA merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh agensi kerajaan khusus untuk staf wanita dan bertujuan untuk merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan. 

PUSPANITA ditubuhkan bertujuan untuk memberi ruang kepada staf wanita untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti dan menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel,seminar-seminar dan kursus-kursus yang diadakan untuk faedah para ahlinya.

Kini, PUSPANITA PSIS cawangan kecil JPP ini sedang menyusun langkah untuk menyumbang ke arah kelestarian kakitangan anggota wanita supaya mampu berdaya saing demi mengukuhkan ukhwah sesama anggota dan meningkatkan kerja berpasukan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.